30 April 2011

Citrawarna 2011 - Fasa1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sudah agak lama tidak meng-update blog,bukan kerana tiada masa.tapi kemalasan diri yang selalu melanda.Apa hendak jadi dengan diri ini.Baiklah berbalik pada tajuk entry kali ini berkaitan dengan aktiviti sebelum masuk untuk semester "Practical".Buat pengetahuan anda semua,saya practical di Ibusawat TM Sg Way,Pj.Sangat jauh okay dari rumah sewa di Kajang.

Berkaitan dengan persembahan di Citrawarna pada tahun ini,aku dan rakan-rakan uniten yang lain terlibat dengan persembahan opening.Boleh dikatakan 'main group' walaupun tidak tahu menari sangat.Setakat ikut-ikut orang depan boleh la.Sekarang ni masih lagi dalam proses latihan.Latihan di adakan 3 kali sehari @Astaka Tasik Titiwangsa.Setakat ini baru 3 jenis tarian baru habis belajar.Desas-desus mengatakan ada 6 tarian semua sekali,tapi kita tunggu dan lihat nanti okay.

full dress reheasal : 20 Mei ( Dataran Merdeka )
Showtime : 21 Mei ( Dataran Merdeka )

*semasa latihan berlangsung*

p/s : harap dapat buat yang terbaik pada hari show sebenar.Jangan lupa datang di Dataran Merdeka nanti,selepas itu cari orang yang pakai baju Sarawak.ok.<3 <3