22-24 Januari 2010
8.30 malam
Panggung Sari, Istana Budaya
Sinopsis:
Mengisahkan perpisahan dua beradik kembar iaitu Iras Kesuma dan Alam Kesuma yang berpisah semasa kecil.Iras Kesuma telah berpisah dendan adiknya Alam Kesuma akibat diculik oleh Raja Lanun.Apabila telah dewasa, Iras Kesuma telah meminta izin dengan ayahandanya untuk pergi mengembara sambil menambah pengalaman melihat dunia luar bersama rakyat jelata.Iras Kesuma telah berkahwin dengan Puteri Mayang Sari terpaksa meninggalkan isteri tercinta demi memenuhi hasrat dan impiannya.
Pada masa yang sama juga Alam Kesuma telah meminta izin Raja Lanun untuk mencari ayah kandungnya sebelum dia di kahwinkan dengan Puteri Hitam Sebelah anak Raja Lanun.Nmaum beliau berjanji akan kembali semula kepada Raja Lanun setelah bertemu dengan ayah kandungnya.
Semasa dalam pelayaran, Iras Kesuma dan anak-anak kapalnya singgah dan berlabuh di pantai yang dikuasai oleh Raja Lanun.Apabila Raja Lanun dimaklumkan tentang terdapat kapal berlabuh di kawasan perairannya maka beliau begitu marah lalu mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang kapal tersebut.Namun setelah melihat Iras Kesuma, Raja Lanun menyangkakan Iras Kesuma adalah Alam Kesuma dan menuduh Alam Kesuma telah belot kepadanya lalu ditawan Iras Kesuma serta anak-anak kapalnya yang lain.Maka bermulalah rintangan dan cabaran Iras Kesuma dan Alam Kesuma dalam cerita makyung ini…
p/s:ktaorg rmai2 bakal g tengok makyung ni pada 22 mlm...haha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan