17 April 2010

Personaliti berbeza…?


Ok..kali ini ak nk cakap pasal personaliti...apa itu personaliti?ermmm…malas la plak nk rujuk kamus dewan ke apa..ak buat tafsiran sndri la..bg ak personaliti ni adalah karektor atau pun perangai seseorng la..ntah btul ke tdk..haha..ok berbalik kepada topik yang hendak aku terangkan tadi…bagi aku memang tidak dapat dinafikan lagi manusia ini mempunyai pelbagai personaliti..ak bukannya nak huraikan panjang lebar [asal personaliti manusia itu dan ini..aku Cuma nak cakap pasal diri aku dan juga sesiapa yang disekeliling sahaja..ok..

Tidak salah bagi aku jikalau seseorang itu mempunya perangai ataupun personaliti yang berubah-ubah..itulah baru dinamakan warna dalam hidup…haha..bagi akulah personaliti orang ini boleh dibahagikan kepada dua..ok..yang pertama personaliti dengan ahli keluarga..kebanyakan orang mempunyai personaliti yang baik depan keluarga..iaitu keadaannya lebih formal sedikit..haha..kalau anak perempuan orang boleh kata anak perempuan melayu terakhirlah kalau didepan keluarga..haha..hal ini juga tidak lari dengah personaliti aku sebagai seorang anak terhadap keluarga..kalau dirumah aku lebih banyak buat hal sendiri tanpa menghiraukan orang lain..hanya bercakap apabila perlu sahaja…(mesti kawan-kawan sedang kutuk aku sekarang ini..haha..)…topik perbualan juga banyak menjurus kepada kehidupan aku sebagai seorang pelajar di universiti,cerita kawan-kawan serba sedikit dan selebihnya aku banyak mendengar rentetan keluarga berkaitan dengan keadaan serta politik kampung..hish..macam-macam…tinggal di kampung ibarat berada di sebuah organisasi yang besar…itulah kampung yang memiliki corak serta politik tersendiri..

Sekarang ini kita berbalik kepada personaliti yang kedua iaitu bersama rakan-rakan dan kawan sebaya..ok..keadaan lebih  ini santai dan tidak terlalu formal..keadaan aku sendiri dengan kawan-kawan memanglah jauh berbeza dengan keluarga dirumah..kalaulah keluarga aku nampak harap-harap mereka dapat tahu la itu adalah anak mereka…haha..bukannya aku nak kata yang aku ni teruk..biasa-biasa sahaja…sama seperti  remaja-remaja lain..tapi keadaannya lebih terbuka apabila bersama rakan-rakan..tapi kita mesti ingat..berjauhan dengan keluarga bukan bermakna kita bebas melakukan semuanya..ianya masih terbatas dengan budaya serta adat kita sebagai orang timur..haha.. bila bersama rakan-rakan masa banyak dihabiskan dengan bercerita tentang kehidupan masing-masing,pasal masa depan(tu time nk final exam je..haha),pasal orang sekeliling(menunjukkan kita ni prihatin dengan persekitaran..haha),dan macam-macam isu la..biasala anak muda zaman sekarang memang suka berkongsi dengan rakan-rakan…

Itulah serba sedikit pasal personaliti yang dapat aku ungkapkan..ini hanyalah pandangan dan pendapat aku bagi diri aku sendiri la..tiada kaitan dengan orang lain..kalau ada apa-apa nak tambah bolehlah bagi pandangan  korang...


p/s:haha..semuanya boleh bagi komen ya…ni hanyalah personaliti dirumah dan dengan kawan2 je..haha..

8 ulasan:

keLibatku berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
keLibatku berkata...

ni post ak paling panjang stakat ni...haha..karang sndri ni..

raindrops_on_my_head berkata...

huhu... dh leh komen!!! :D

raindrops_on_my_head berkata...

lpe nk ckp... aku nyer personaliti cam terbalik jer... :P maybe sbb kat rmh asyik mrh2 n depressed~~ ngan kawan plak can be happy but maybe a bit pretentious... sengsorang br diri sendiri??? haha..

keLibatku berkata...

haha..tula...klu sorang2 xtau nk wt apa la..

raindrops_on_my_head berkata...

sorang2 leh berangan or karang sumtin.. masa paling ideal! :)

keLibatku berkata...

haha..btul2..time sorang2 lah bnyak idea yg muncul kt kpale..bnyak sngat smpai ntah..xleh tdo dibuatnya..asyik nk pkir je...haha

raindrops_on_my_head berkata...

x ley tdo ker?? bile first day of class?? bkn hari ni ke? huhuu... aku ade klas kol 8 ni... *mlsnyer!* :P