17 Mei 2010

Pameran Keranda..Muzium Negara..

Sabtu lalu aku berpeluang untuk berkunjung ke Muzium Negara untuk menyaksikan pameran keranda yang telah berlangsung lebih kurang sebulan yang lalu..
 Terdapat pelbagai jenis keranda yang dapat dilihat dan merupakan suatu pengetahuan yang berguna disamping dapat mengetahui budaya serta adat sesebuah kaum ataupun masyarakat.Setiap kaum dan masyarakat tertentu mempunya keranda mereka tersendiri,tidak kira kaum melayu,cina,india,kaum orang asli,orang filipina orang batak dan sebagainya..Tiket yang dikenakan amatlah berpatutan iaitu pada harga RM2 seorang..Disini aku sempat mengambil beberapa gambar serta info tentang keranda yang dipamerkan..
 keranda kayu balak bermotifkan floral & ukiran kepala seladang yang 
digunakan oleh Orang Sungai daerah Kinabatangan.


Pengkebumian tempayan yang diamalkan oleh 
masyarakat Kadazan Dusun dan Murut Sabah.

 keranda kayu Kelabit Lungun

keranda buluh dan daun kelapa yg dinuat mengikut status bagi kaum di Sarawak.

Erong Kerbau,keranda berbentuk kerbau untuk menempat mayat dari 
golongan menengah dan digunakan di daerah Sa'dan,Sulawesi Tengah.

keranda siam

kerusi mayat digunakan oleh kaum Kalanguya di Pulau Luzon Filipina.
diletakkan mayat parang bangsawan.

keranda yang diberi nama Kancapuri.
Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah berkunjung sendiri dan melihat keunikan keranda yang dipamerkan di Muzium Negara.Diatas merupakan sebilangan kecil keranda yang dapat dikongsi bersama.



.

Tiada ulasan: