16 Januari 2011

MENTOR 5-Tunjuk Ajarku Sifu..!!

Oklah, diam tak diam mentor ini sudah masuk musim yang ke-5.Wah,makin berjaya nampaknya rancangan realiti keluaran Media Prima ini.Walaupun terdapat beberapa rancangan realiti di Malaysia ini,namum mentor tetap gah dengan konsepnya,walaupun di google tetap keluar mentor tv3 ghana.How..sampai ghana rancangan ini..tapi versi dia orang lah..

Berbalik kepada konsep mentor ini yang mana para-para mentor yang terdiri daripada barisan artis-artis yang berpengalaman menjalankan misi bagi mencari protege masing-masing sebab itu tagline dia 'Tunjuk Ajar ku Sifu'.Ibarat sifu yang hemdak mengajar anak muridnya lah.Harap-harap ilmu yang berguna dan berkekalan lah.

Kalau di imbas kembali dengan musim-musim yang lalu,para artis mentor ini tidak lah popular mana pun walaupun setiap musim hanya dalam 6 orang protege sahaja yang bertanding bagi merebut gelaran juara.Antara yang masih kekal Black dan Fiq sahaja,itu dari sisi pandang saya sahaja.Bagi yang lain saya tidak tahu,mungkin tiada album ataupun banyak buat show tertutup.

Ok,tadi sempat jugalah saya menjengah di Plaza Sri Pentas bagi mengikuti ujibakat Erra Fazira,kira sifu lah kak erra kita ini kan?Boleh dikatakan ramai juga lah yang datang hendak bergurukan jelitawan Malaysia Erra Fazira ini.Kru Melodi pun sempat menemuramah Erra dan bertanyakan protege macam mana yang Erra mahukan."Saya mahukan protege yang boleh menjadi seorang penghibur bukan sahaja boleh menyanyi malah menari dan sekaligus menjadi penghibur yang baik".Itu lah kata-kata yang akan terkeluar di mulut para mentor kalau diajukan soalan oleh wartawan.Tapi setelah habis sesi audition,peserta mana yang diorang ambil??memanglah ada sebab kenapa diorang ambil seseorang itu sebagai protege mereka tapi biarlah relevan.

Sebagai contoh mentor musim lepas,azmeer mahukan protege yang mempunyai gigi cantik,tapi masalahnya si nani tu cantik ke gigi dia?( minta maaf ye).Lagi satu azmer ada komen kepada salah seorang peserta ujubakat rancangan realiti my starz lg "awak nyanyi sama je ngan penyanyi yang dah ada kat Malaysia,cuba tengok amy search dia ada suara tersendiri"..Omg saya hendak komen kt sini,zaman dulu memang la si abang amy search je suara mcm tu,tp zaman sekarang haruslah dah ramai,macam suara dato'Ct gak. la sume org suara nk sama.Itulah revolusi namanya.Tapi protege dia si nani tu suara macam azharina sket tp in a different way la.but still lebih kurang.

ok sudah jauh menyimpang ini,diharap program mentor kali ini dapat memberi impak kepada para penonton kerana penonton kini sudah bijak menilai dan janganlah mengharapkan keuntungan semata..ok kepada sesiapa yang merasakan dirinya berbakat boleh la datang ujibakat mentor5 ini di Sri Pentas TV3 Persiaran Bandar Utama dari Jam 10pagi-5Ptg..Kalau boleh datang awal,susah nk cari parking nanti.


• 22 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Noh Hujan)-boleh bermain alat muzik.

• 23 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Edry Abdul Halim)

• 29 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Rahim Maarof)- boleh menyanyi rock adalah bonus.

• 30 Januari 2011 – TV3, Sri Pentas, Bandar Utama (Datuk Sharifah Aini) -kak pah nak wanita sahaja..


p/s : luahan rasa sahaja pohon maaf kalau ada yang terasa..tp kalau la prog mentor ni mencari bakat yang sama mcm mentornay baru lah cm kena sket.nk bg bakat mentor itu x luput.ini orang kata bukan saya kata..peace :)

Tiada ulasan: