06 Julai 2011

Latihan Industri...

Salam.Sudah agak lama tidak meng-update,rasa macam dah bersawang dah blog ni.hehe...
Hendak buat macam mana kesibukan melanda.Sibuk dengan kerja praktikal "walaupun macam tidak ada kerja",sibuk dengan diri sendiri,sibuk dengan kawan-kawan,sibuk dengan hobi yang banyak smapi satu pun tidak terkejar.

Sepanjang durasi menjalani Latihan Industri ini,banyak sangat benda suka dan tidak kurang benda yang duka.Al-maklumlah lumrah manusia,penuh dengan asam garam kehidupan dan liku-liku.Kalau boleh diri ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memenuhi semua kehendak.

Berbalik dengan tajuk entry asal iaitu Latihan Industri yang berbaki lebih kurang sebulan saja lagi ini.Sememangnya tidak sabar menanti detik-detik pengakhirannya.Namun sebelum detik itu tiba akan datang suatu halangan yang perlu ditempuh iaitu 'evaluating day from lecturer'.Semakin hampir dengan tarikhnya semakin berdebar rasanya.

Sememangnya semasa Latihan Industri tidak banyak sangat benda baru yang dapat dipelajri,itu dari sudut pandang aku lah yang terpesong dari jurusan kursus yang aku ambil di UNITEN.Kursus Kejuruteraan Kuasa ke bidang Telekomunikasi sememangnya jauh.Nasib baik semuanya hanyalah praktikal dan hanya sedikit sahaja teori.Jadinya hanya follow the flow sahaja.

Rasanya sudah tiada apa lagi yang nak diperkatakan,itulah serba sedikit perkara berkaitan Latihan industri yang sedang aku jalani sekarang,kalau ada mungkin akan di update nanti sehabisnya aku menjalani latihan ini ok.


mcm buat2 keje je?hehe

dia ni sah2 la propa je tu..hehe..*jgn marah*



"Berkhidmat Untuk Negara"






p/s: hari ni lec dtg utk visit n evalute..nnti akan di update n nk buat luahan hati lg pasal intern kt cni..wait ok..

26 Mei 2011

Citrawarna 2011 - Fasa 2

Salam semuanya..ok..lebih kurang sebulan berlatih untuk menjayakan persembahan untuk Citrawarna Colors of 1 Malaysia akhirnya waktu yang dinanti sudah tiba iaitu hari persembahan sebenar.Sebelum sesi raptai penuh di Dataran Merdeka, para penari menjalankan latihan gabungan semua elemen di dewan tun razak, pwtc.

Hari pertama di Dataran Merdeka sesi latihan dibatalkan kerana keadaan hari hujan yang tidak mengizinkan untuk mengadakan sesi latihan.
raptai penuh..baju lagu 'opening'
kemudian pada keesokan harinya iaitu sesi raptai penuh,alhamdulillah hujan berhenti lebih kurang dalam pukul 10malam.Sesi raptai penuh berlangsung dengan jayanya.

Saat yang dinanti telah tiba 21mei,semua para penari sedang bersiap sedia di belakang pentas,namun keadaan hari masih lagi hujan.'Show must go on' walaupun keadaan hari hujan,para penari utama telah menunggu ketibaan para VVIP dan tetamu kehormat.Pada awalnya keadaan  hujan, namun tidak menghalang para penari untuk melakukan yang terbaik.Selepas itu keaadaan hujan makin reda.Walaupun keadaan hari selepas hujan menyebabkan keadaan lantai agak licin, namun langkah tari yang digerak masih lagi ditarikan dengan penuh bertenaga,tapi tidak dapat dinafikan ada segelintir yang terjatuh dek kerana lantai yang licin..

Citrawarna 2011 kali ini berlangsung dengan jayanya walaupun keadaan hari yang hujan pada awalnya.Pengalaman manis yang berharga bersama para penari lain amatlah tidak akan dilupakan.Kalau ada peluang tahun depan join lagi.hehe...' inilah malam seribu warna,warnanya potret perpaduan dengan serinya indah mempersona dan menawan'.

Alam Performing Arts Group.<3<3



with Amir from Asthana
with taufiq
with Fie @backstage after the show
sebelum balik sempat culik Razif utk snap2..MM Razif
p/s: best moment dgn korang sume..thanks to d'colors sbb bagi peluang utk join..lain kali panggil lagi.ok..