06 Julai 2011

Latihan Industri...

Salam.Sudah agak lama tidak meng-update,rasa macam dah bersawang dah blog ni.hehe...
Hendak buat macam mana kesibukan melanda.Sibuk dengan kerja praktikal "walaupun macam tidak ada kerja",sibuk dengan diri sendiri,sibuk dengan kawan-kawan,sibuk dengan hobi yang banyak smapi satu pun tidak terkejar.

Sepanjang durasi menjalani Latihan Industri ini,banyak sangat benda suka dan tidak kurang benda yang duka.Al-maklumlah lumrah manusia,penuh dengan asam garam kehidupan dan liku-liku.Kalau boleh diri ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memenuhi semua kehendak.

Berbalik dengan tajuk entry asal iaitu Latihan Industri yang berbaki lebih kurang sebulan saja lagi ini.Sememangnya tidak sabar menanti detik-detik pengakhirannya.Namun sebelum detik itu tiba akan datang suatu halangan yang perlu ditempuh iaitu 'evaluating day from lecturer'.Semakin hampir dengan tarikhnya semakin berdebar rasanya.

Sememangnya semasa Latihan Industri tidak banyak sangat benda baru yang dapat dipelajri,itu dari sudut pandang aku lah yang terpesong dari jurusan kursus yang aku ambil di UNITEN.Kursus Kejuruteraan Kuasa ke bidang Telekomunikasi sememangnya jauh.Nasib baik semuanya hanyalah praktikal dan hanya sedikit sahaja teori.Jadinya hanya follow the flow sahaja.

Rasanya sudah tiada apa lagi yang nak diperkatakan,itulah serba sedikit perkara berkaitan Latihan industri yang sedang aku jalani sekarang,kalau ada mungkin akan di update nanti sehabisnya aku menjalani latihan ini ok.


mcm buat2 keje je?hehe

dia ni sah2 la propa je tu..hehe..*jgn marah*



"Berkhidmat Untuk Negara"






p/s: hari ni lec dtg utk visit n evalute..nnti akan di update n nk buat luahan hati lg pasal intern kt cni..wait ok..

Tiada ulasan: