06 Julai 2011

WednesdaY Super Dash...

Morning all, tetiba rasa macam nak meng-update blog walaupun hari  ini 6Julai merupakan hari yang super bizzy dan mencuakkan bagi aku.Memandangkan hari ini merupakan hari lecturer datang untuk evaluate aku sepanjang mejalani praktikal di TM ini.Sebelum dia datang kenalah prepare jiwa dan raga serta info2 berkaitan,jadinya nanti tidaklah nampak terlalu bodoh kalau diajukan beberapa soalan.Katanya datang jam 3.30 petang,tapi entahla,mungkin lambat kot.Kelibat supervisor pun tidak lagi kelihatan pada ketika ini.Mungkin after lunch  baru datang.




Memandangkan hari ini merupakan hari yang bizzy,so harap-harap lecturer datang tepat pada masanya dan aku dapat menghilangkan diri dengan lebih awal untuk menyaksikan teater muzikal di Sunway Lagoon malam ni.Show dia dekat Aphitheater @Sunway Lagoon,macam mana la rupanya nanti?


Yuhuuu,sangat teruja untuk menyaksikan teater Magical Musicals malam ini.Al-maklumlah dapat tiket free, thanks to TV9 kerana sudi bagi tiket percuma *masuk contest la* hehe.Tapi betul ke kena masuk jam 7pm?? even show di Istana Budaya pun  start kul8.30p.m. hurmmm...masuk lambat boleh kot..hehe.. 


terujanya nak tengok..*gaya lompat sama*


Sebelum ni aku sudah plan dan sudah pun beli tiket untuk menyaksikan dance and music show di Philharmonic KLCC.Tiket tu berharga rM15 ok,dan sudah dibeli minggu lepas.Akhirnya terpaksa cancel walaupun aku sendiri tidak pernah memasuki dewan Philharmonic yang gah itu.



alunan seni namanya..hehe



inilah keadaan Dewan Philharmonic Petronas..arghh..GRAND-nya...insyaallah kalau ada kesempatan aku akan ke sana..



impian nak nyanyi kt cni..hr tu ngan koir x brkesempatan..maklumla junior kan..





note : dalam perancangan untuk menyelinap keluar kerja awal untuk sampai pada masanya di Sunway Lagoon    nanti. *evil laugh*haha...

Tiada ulasan: