19 Disember 2010

Konsert Klassikal The Musicmakers Koir Kebangsaan Dan Koir Remaja 2010

Hai, lama x update..hehe..kemalasan melanda la..sume benda malas nk buat. :).ok berbalik pada topik..konsert ni telah berlangsung 13 & 14 Nov hr tu bertempat di The Actors Studio @Lot 10 KL.Terima Kasih bebanyak kepada sesiapa yang datang menyaksikan konsert pada hr tersebut..konsert yg berlangsung selama 2 hari itu telah berlangsung dengan jayanya walaupun ak dan beberapa ahli koir yg lain mengalami masalah batuk2 yg agak teruk..hehe..Terima kasih juga kpd semua tenaga pengajar dan pengarah koir kerana memberi peluang untuk saya menjadi sebahagian daripada ahli yang menjayaka konsert ini kerana saya hanyalah pelajar percubaan sahaja..

sedikit review berkaitan:
Konsert The Musicmakers merupakan sebuah persembahan koir yg memaparkan karya-karya komposer masyur era romantik dan kontemporari.Konsert yang dijayakan dengan kolaborasi mantap oleh 50 orang anggota koir remaja dan koir kebangsaan yg mempersembahkan beberapa siri lagu,dipetik drp gubahan koir, arts song dan karya instrumental yang digubah dlm tatacara koir.Antara lagu yg dipersembahkan adalah lagu Mimpi dalam lagu, La Lluvia Que Los Humedece, Bintang Sejuta, Yuki Nohi dan banyak lg...

Mimpi Dalam Lagu-Solo Soprano ( Syafinaz Selamat ) dan Koir Malaysia



p/s: dengan harapan lain kali dpt buat show lg cz skunk masih dalam peringkat probation lg..insyaallah

18 Oktober 2010

Gud Luck..!!

Lama dah x update blog ni..bukan bz tp ntah la buat-buat bz..hehe..ok.ni juz nk ckp "GooD LucK" buat diri ku yg x smpai mood study lg n kepada kekawan yang akan menempuh final exam next week..

Minggu exam org lain tengah study ak mengalami dilema cz nk kna g rehearsal koir cz konsert dh nk dekat kurang dr sebulan...owh dua2 cuak..exam n 1st konsert < itu pun kalau terpilih masuk la..sdikit kecewa kalau x dpt join konsert cz da pektis berbulan2>....harap2 dapat join..Insyaallah..


Lagi satu ak kna buktikan yang result ak at least maintain atau meningkat..cz sem ni ak bz ngan rehearsal koir..so klu result ak truk maybe ak dh x join kot koir ni..nk fokus on study je..lepas abeh study bru sambung koir balik ( kna audition balik)..tp xpela kn..study is my priority right now..

10 Ogos 2010

Seoul Garden...:p

Hari ni ak berkesempatan makan kt Seoul Garden kt Plaza Pantai...huhu..rupanya disitu lah tempat yg dicari2 selama ini..sbelum ni lalu je tp xtau nk masuk cmne..aktiviti makan2 sebelum menjelang bulan ramadhan..huhu..:p .x sngka tempat  ni sngat rmai org..lunch hour kn..haha..makin lama makin rmai org..rasa rimas pun ada.da la kdai tu penuh ngan asap..baju sume pun da bau coffee chicken..huhu..ak g ngan D je cz org lain ada cluz n dorang xnk ponteng cluz dorang <ak bukan ponteng eh,cluz ak hr ni stat kul4..huhu>..so ak g jela..memandangkan mlm ni ak ada cluz koir,so xleh la nk makan2 ngan dorang sume.lain la dorang nk makan kul11..huhu..

nampak sedap..huhu..

ermm..sedapnya..menyesal korang xikut..huhu

org rmai sngat smpai x cukup penyepit..huhu..

d kata nk suh naz tengok pic ni..huhu

ni la org kita..makan xreti2..huhu..

p/s:klu makan kt cni kna pegi time happy hour murah sket..huhu..nanti kta g reramai nnti k..mkn kt cni teringat org kt sna..haha..

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh bermakna..
agar dapat ku tempuhi dengan dengan sempurna..
setiap detik memberi keberkatan dan mendekatkan diri pada yang esa...
Salam Ramadhan al-Mubarak...

 

Probation Class...

Setelah sekian lama tak menjengah kt blog ni..hari ni timbul kembali perasaan hendak update blog ini..haha..walaupun terlalu banyak perkara yang telah berlaku dan aku laluinya tidak kira suka ataupun duka.namun ianya adalah asam garam dalam hidup..

Berbalik pada topik di atas..Alhamdulillah aku telah berjaya dalam re-audition untuk Koir Kebangsaan..kini sudah masuk minggu ke-2 aku mengikuti kelas percubaan aku sebelum diserap masuk menjadi ahli tetap (insyaallah) itu pun bergantung kepada peningkatan aku dalam pembelajaran kelas tersebut..maklumla aku bukannya dari latar belakang muzik..tiba-tiba kena belajar macam2 pasal muzik..kenala merangkak balik dari awal..rasa macam masuk kelas tadika je..rasa cemburu dengan ahli lama sebab dorang semua sudah superb baca not lagu..

Dengan adanya kelas ni hidup aku jadi lebih padat dengan aktiviti2 seharian..harap2 tidak menjejaskan pelajaran yang tidak seberapa nk cemerlang ni.sekarang ini kitaorng tengah belajar lagu classical untuk show bulan 10 ni..rasa macam x sempat je ak nk catch up untuk join show ni..cz da la lagu sume dlm france n german mana la ak paham..nak sebut pun berbelit2 lidah..Neue Liebeslieder n La Lluvia Que Los Humedece..dua lagu ni baru blaja..itu pun buat sight sing je..ak yg merangkak nk tafsir not..dlm cluz blaja 'treble cleff'..bila da test suara tup2 suara ak jenis 'baritone' so kna la pusing balik otak ak ni dlm 'bass cleff'.

 rakan2 koir batch junior sume under probation..tp dorang sume hebat dlm bidang muzik..:p


ermm..ni je kot info serba sedikit pasal probation class yg x pasti berapa lama kna join..paling lama 6bulan..lama tuuu...harap2 ak dapat pick up cepat untuk diserap masuk awal..insyaallah..

p/s: next target nk jd ahli tetap "Koir Kebangsaan"

06 Julai 2010

Konsert DiR...Suara 1Malaysia Koir Kebangsaan

Konsert bersempena dengan KL Muzik Festival 2010.
 
Tiket berharga rm25.
 
Boleh didapati di www.ticket2u.biz @ agen ticket2u (exp:kaunter tiket Istana Budaya).
 
Bermula jam 8.30pm - 10.30pm

25 Jun 2010

Lata Rek Kuala Krai..

okla..untuk update kali ianya berkaitan dengan destinasi tempat rekreasi yang menarik untuk kunjungan sekeluarga mahupun bersama dengan kawan-kawan..haha..aku berkesempatan berkunjung ke Lata Rek ini denga usein pada cuti sem yang lepas.

aku berkesempatan untuk merasai keindahan serta ketenangan berada di suatu kawasan air terjun yang mana airnya putih dan jernih.Untuk pengetahuan semua sekarang ini daerah kuala krai boleh dikatakan agak maju dalam aspek pelancongan yang mana telah wujud motel serta rumah tumpangan yang boleh disewa.jd boleh la semua dijemput ke kuala krai.selain kawasan air terjun lata rek,kuala krai juga mempunyai mini zoo dan taman burung.tp untuk itu aku tidak berani berkata apa2 sebab belum berkesempatan lagi untuk kesana.walaupun hampir tiap hari aku berkunjung dekat dengan kawasan itu.

pakcik kt blakang ngah menjala ikan..


tyme ni panas giler w/pun dah kul630 ptng..



owh usein..apa yg ko tengok.


sejuknya air...

lata rek ini mempunyai kemudahan tempat parking yang luas,kedai runcit dan tandas awam( tp x sure buka ke x )..tp hr tu aku g dua org je..klu g rmai2 kn best dpt mandi2,picnic..haha..


p/s:kpd izmer nanti kta g rmai2 kt sni eh?haha..

06 Jun 2010

Citrawarna 2010:Segmen Tarian India



Skunk aku nak kongsi video segmen tarian india ketika citrawarna 2010 hr tu..jgn terkejut kalau tengok lelaki berpakaian sebegitu..haha..bukan anda je yg terkejut para penari pun terkejut dan terpaksa kna pakai bju itu..haha..tapi ianya satu pengalaman yang menarik dan seronok..kalau ada peluang lagi tahun depan nak join lagi citrawarna ni..

tp proses latihan citrawarna ni agak lama..hr tu ktaorg berlatih dlm masa sebulan lebih 3x seminggu,ulang alik dr bangi ke CM..jauh tu..time citrawarna hr tu ktaorg kna mnari utk 3 checkpoint..sngt penat ok..dan dengan berkaki ayam..jalan la atas tar sepanjang jalan dekat jln raja chulan-jln TAR-dataran merdeka..tyme kt dataran tu make-up sume da cair cz peluh..haha..terima kasih kpd kwn2 yg dtng bg sokongan..walaupun ada yg x sempat jumpa..huhu..pic xde utk kali ni..kalau nk penerangan lanjut bleh ke blog taufiq..ok..

22 Mei 2010

Colours of 1 Malaysia 2010..


Citrawarna 2010 : Perarakan 1Malaysia..


Tarikh: 22 mei 2010

Tempat : Dataran Merdeka

Masa : 8.00-12.00 mlm


p/s:nanti ak akan update pasal event ni...insyaallah..

18 Mei 2010

Tertipu..kini baru ku tahu..

haha..tajuk macam sesuatu buruk aja..tidak lah buruk mana pun cuma rasa terkilan dan tertipu aja dengan seseorang..nasib baik aku bertindak dengan betul kalau tidak aku mungkin masih lagi terumbang ambing..

p/s:ingat.. percaya pada diri..org lain ckp ke apa ke kena fikir berkali-kali..

17 Mei 2010

Pameran Keranda..Muzium Negara..

Sabtu lalu aku berpeluang untuk berkunjung ke Muzium Negara untuk menyaksikan pameran keranda yang telah berlangsung lebih kurang sebulan yang lalu..
 Terdapat pelbagai jenis keranda yang dapat dilihat dan merupakan suatu pengetahuan yang berguna disamping dapat mengetahui budaya serta adat sesebuah kaum ataupun masyarakat.Setiap kaum dan masyarakat tertentu mempunya keranda mereka tersendiri,tidak kira kaum melayu,cina,india,kaum orang asli,orang filipina orang batak dan sebagainya..Tiket yang dikenakan amatlah berpatutan iaitu pada harga RM2 seorang..Disini aku sempat mengambil beberapa gambar serta info tentang keranda yang dipamerkan..
 keranda kayu balak bermotifkan floral & ukiran kepala seladang yang 
digunakan oleh Orang Sungai daerah Kinabatangan.


Pengkebumian tempayan yang diamalkan oleh 
masyarakat Kadazan Dusun dan Murut Sabah.

 keranda kayu Kelabit Lungun

keranda buluh dan daun kelapa yg dinuat mengikut status bagi kaum di Sarawak.

Erong Kerbau,keranda berbentuk kerbau untuk menempat mayat dari 
golongan menengah dan digunakan di daerah Sa'dan,Sulawesi Tengah.

keranda siam

kerusi mayat digunakan oleh kaum Kalanguya di Pulau Luzon Filipina.
diletakkan mayat parang bangsawan.

keranda yang diberi nama Kancapuri.
Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah berkunjung sendiri dan melihat keunikan keranda yang dipamerkan di Muzium Negara.Diatas merupakan sebilangan kecil keranda yang dapat dikongsi bersama.



.

09 Mei 2010

Glee KL Flash Mob at The Garden's Mid Valley



ini video flashmob semalam...ada la seposen dua nmpak muka ktaorg..haha..pandai2 la cri i pakai baju kuning ngan cardigen hitam...duk hujung skali...haha..

07 Mei 2010

im a Gleek..??

setelah dua hari pergi latihan untuk flashmob dance for Glee..it was very entertaining n different dengan show yg pernah aku join sebelum ni..haha..hendak kata terlalu teruja tidaklah..kerana aku lebih teruja dengan citrawarna yang akan berlangsung 22mei ini di Dataran Merdeka...marilah ramai-ramai memeriahkan dataran Merdeka nanti ok..Flshmob ni plak dibuat kat Midvalley 8mei. klu xsalah..cz dorang x update lagi tempat...event rahsia la katakan...haha...

ok untuk latihan hari ini..aku enjoy jugalah cz dapat hang out ngan kwn2 bru..i jd org key L youuu..haha..im soo fake..n also tonight is a very very bad day GaGa...kereta nini yang di park dekat the gardens x leh start..haha..cz dia x tutup lmpu...bayangkan,,,dr kul7.55mlm hingga kul 11..mana x 'kong' bateri tu...haha..terpaksala wat muka tebal tahan kete org..tnya ada jumper ke x..haha..ada satu couple ni..dia bru abeh wayang kot..dia tgur ak..kete xleh stat ke?ak ngan muka sedih angguk je..n tnya ada jumper x???dia kata x dela...haha..tnya org cm ada je...huhu..tp at least dia ada effort nk tnya..caya la lu bro...wa respek lu...

lepas tu duha kwn nini dtng then nk g cari jumper la bagai...pastu solution terakhir duha bg tau guard..15 pastu guard dtg bawa jumper..guard tu pon tahan satu kete merz ni..ahaha..jump punya jump x leh gak..so ak rasa dia x reti jump..huhu..nasib baik la wan zahardin willing nk dtng tolong...dia dtng jump kejap je dh leh stat..huhu...

panjang la plak kesahnya..ni pon da skip bnyak ni..ak pun bukannya suka sngat wat2 citer ni..mcm cerita drama la plak..hish...so not mee...neway bnyak benda yg berlaku dpt dijadikan pengajaran dan teladan serta panduan pada malam ni...haha..
nanti insyaallah ak akan update lg pasal flashmob ni n pasal citrawarna nnti k...haha..

p/s:menanti detik citrawarna...huhu

20 April 2010

Semua nak..itu ini..

Macam ayat dalam drama kan?"abah nk cat kete"haha.."semua ko nak…!itu lah,ini lah.ko ingat aku ni cop duit ke?"haha..itulah kot yang bermain dalam kepala seorang ayah apabila anak seperti aku minta nak suruh beli ataupun hendak sesuatu benda..haha..kalau itulah ayatnya..memang buat aku senyum dan berfikir sendiri..haha..betullah..semua benda aku nak..tapi hendak buat macam mana..projek lari la…haha..tapi walaupun tidak dapat semua sekurang-kurangnya dapat satu pun ok..haha..SENYUM..walaupun tidak dapat cat kereta...

p/s:nk dpt apa ni?itu ini..nak adik ke?ish..adik da ramai la..dah tu nak kawin?..ish kesitu pulak..haha..no komen…!!

17 April 2010

Personaliti berbeza…?


Ok..kali ini ak nk cakap pasal personaliti...apa itu personaliti?ermmm…malas la plak nk rujuk kamus dewan ke apa..ak buat tafsiran sndri la..bg ak personaliti ni adalah karektor atau pun perangai seseorng la..ntah btul ke tdk..haha..ok berbalik kepada topik yang hendak aku terangkan tadi…bagi aku memang tidak dapat dinafikan lagi manusia ini mempunyai pelbagai personaliti..ak bukannya nak huraikan panjang lebar [asal personaliti manusia itu dan ini..aku Cuma nak cakap pasal diri aku dan juga sesiapa yang disekeliling sahaja..ok..

Tidak salah bagi aku jikalau seseorang itu mempunya perangai ataupun personaliti yang berubah-ubah..itulah baru dinamakan warna dalam hidup…haha..bagi akulah personaliti orang ini boleh dibahagikan kepada dua..ok..yang pertama personaliti dengan ahli keluarga..kebanyakan orang mempunyai personaliti yang baik depan keluarga..iaitu keadaannya lebih formal sedikit..haha..kalau anak perempuan orang boleh kata anak perempuan melayu terakhirlah kalau didepan keluarga..haha..hal ini juga tidak lari dengah personaliti aku sebagai seorang anak terhadap keluarga..kalau dirumah aku lebih banyak buat hal sendiri tanpa menghiraukan orang lain..hanya bercakap apabila perlu sahaja…(mesti kawan-kawan sedang kutuk aku sekarang ini..haha..)…topik perbualan juga banyak menjurus kepada kehidupan aku sebagai seorang pelajar di universiti,cerita kawan-kawan serba sedikit dan selebihnya aku banyak mendengar rentetan keluarga berkaitan dengan keadaan serta politik kampung..hish..macam-macam…tinggal di kampung ibarat berada di sebuah organisasi yang besar…itulah kampung yang memiliki corak serta politik tersendiri..

Sekarang ini kita berbalik kepada personaliti yang kedua iaitu bersama rakan-rakan dan kawan sebaya..ok..keadaan lebih  ini santai dan tidak terlalu formal..keadaan aku sendiri dengan kawan-kawan memanglah jauh berbeza dengan keluarga dirumah..kalaulah keluarga aku nampak harap-harap mereka dapat tahu la itu adalah anak mereka…haha..bukannya aku nak kata yang aku ni teruk..biasa-biasa sahaja…sama seperti  remaja-remaja lain..tapi keadaannya lebih terbuka apabila bersama rakan-rakan..tapi kita mesti ingat..berjauhan dengan keluarga bukan bermakna kita bebas melakukan semuanya..ianya masih terbatas dengan budaya serta adat kita sebagai orang timur..haha.. bila bersama rakan-rakan masa banyak dihabiskan dengan bercerita tentang kehidupan masing-masing,pasal masa depan(tu time nk final exam je..haha),pasal orang sekeliling(menunjukkan kita ni prihatin dengan persekitaran..haha),dan macam-macam isu la..biasala anak muda zaman sekarang memang suka berkongsi dengan rakan-rakan…

Itulah serba sedikit pasal personaliti yang dapat aku ungkapkan..ini hanyalah pandangan dan pendapat aku bagi diri aku sendiri la..tiada kaitan dengan orang lain..kalau ada apa-apa nak tambah bolehlah bagi pandangan  korang...


p/s:haha..semuanya boleh bagi komen ya…ni hanyalah personaliti dirumah dan dengan kawan2 je..haha..

Short SEM..

haha...result sem lepas pun dah kuar...alhamdulillah semua pass...itu je kn target nya...kna berusaha lebih lagi ni klu nak naikkan pointer..hish..every sem mcm ni...apala nk jd ni...short sem ni ak amik BM je...then rasa cm nk keje tp x tau lg nk keje apa...x g cari lagi keje ni..part timer je..tang2 cmne la bnyak la pula show..hish..nk pektis lagi nk keje lagi nk blaja lg...bnyak nya bnda...

p/s:kna blaja manage masa ngan lebih effective lg ni...

24 Mac 2010

Genap satu SEM...

blog ak ni bru genap satu SEM..ak buat tyme final exam last SEM..kini FiNAL exam datang lagi...arrggghhh...begitu cepat rasanya masa berdetik...umur ak pun dah meningkat..hish...study masih lagi mcm biasa...ak slalu main2...ok la..apa pun all da best to me..haha..paper ak seminggu non stop ok..penat otak ak..da la x cover sume lg ni..gamble jela sem ni...kita tengok apa yg berlaku nnti...

24/3  MASB 113
25/3  EEEB 283
26/3  ISLB 212
27/3  EEEB 233
30/3  EEEB 273

ARGHHH.....sume subjek berat nih...
ya Allah permudahkanla segala urusan ku..berikanlah aku kesenangan dalam menjawab exam ini..amin...

26 Februari 2010

Cinta Islamic..

Adakah cinta islamik ini masih wujud??mengapa tidak w/pun zaman berubah tp cinta ini tetap wujud..dan cinta sebeginilah yang seharusnya jd ikutan kita untuk menjadi insan yg bertaqwa...
antara ciri2 cinta islamik:-
  • Cinta kerana ALLAH..-tiada maksiat yg berlaku...tp sekarang...nauzubillah..xtau nk komen apa2..klu dpt brita ada org wt maksiat..eh bnda itu biasala klu couple..ko x couple mana ko tau..itu yg terucap di bibir soerng insan..terkesima aku yg naif ini...
  • Cinta yang menjaga pergaulan-tidak berdua-duaan kerna jika berdua maka wujud org ketiga..tp klu kuar berdua ngan kwn tnpa feeling apa2 mcm mana??ni nk kna tnya ustaz ni...haha
  • Cinta yang mendapat restu kedua ibu dan bapa-restu keluarga amatlah perlu..tp zaman skunk keluarga mmg hendakkan pasangan yg terbaik ngan anaknya..nk yg berduit dan berharta..nnti ank mereka x delah merana..yea ke??SEKUFU itu penting....
  • Berdoa meminta petunjuk-ya ALLAH adakah ini jodoh ku??...dengan melakukan solat sunat istikharah meminta petunjuk adakah benar dia jodohku..permudahkanla segala urusan ku..dan jauhilah aku dari segala kemaksiatan...amin...
sumber info dari Semanis Kurma...maaf klu ada ayat merapu tu dari kesalahn saya sendiri..
p/s:-
klu ku kata org tu pasangan islamik..org ni kata..owh ko nk kata ak x islamik la..ko nk kata ak jahatla..ko nk kata ak buat maksiatla...tp itu ko yang kata sendiri..bukan ak yg kata kt ko...renung2knlah...
kita insan yg lemah...hanya mampu berserah...

Salam Maulidur Rasul..

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW..
jadikan amalan setiap hari..mencintai Rasulullah SAW cinta yang sejati..
Pemberi syafaat di akhirat nanti..
Salam Maulidur Rasul-12 rabiulAwal 1413H..

22 Februari 2010

CommServ a.k.a Cleaner...

ok..ni sja je ak nk post cz tengok blog cik mira ada post pasal benda ni..haha..w/pun demm katanya tp gigih kn update blog..kredit to mira..haha..

ni nk citer pasal commserv yg ak join tanggal 21 feb..benda ni mmg diwajibkan untuk students ISLB 212 & 312..untuk dpt carry marks 10%.haha..kira sume org x ikhlas la ni wt keje..haha..tp ak ikhlas..ada satu keje je yg ak buat mcm fake n berlakon sngat..nnti cheq citer..

ktaorg kna kumpul kt masjid uniten seawal jam0730 pg..gila awal..kul0630 ak da bngun..w/pun mlm tu g merayau balik lmbat kn..gigih bngun ni..smpai sna dh rmai yg smpai...siap register sume..bekfast n dibg taklimat awl pasal group gotong-royong...tup2 ak kna transfer kt group mngecat...pada asalnya kna bersih kubur..bru je nk bermambang tanah kat kubur tu..tp x pela cat pun cat la...
ni lepas bekfast
sementara ke bas


lepas je tau group baru..bergerak la sume org ke bas untuk menuju ke destinasi masing2..bertuahnya ak dpt kt area umah flat ak sendri..haha..smpai je sna tup2 kna bhagi 2 group la..satu group stay kat skul agama tu kna wt cuci2 kawasan..satu group g flat kenari untuk cat...ingatkn kna cat satu flat( pak arab kt ctu pun pkir gtu..sian su..dia tnya su time tu)..haha..sampai je kt flat tu..kna bhagi 3 group la..ayyoo...very berbelit2...ada gorup cat..cuci longkang..n bersih kawasan..ak kna cat bahagian lif..haha..kitaorg pn mngecatla dgn pnuh minat..w/pun alatan x cukup..jumpa pakcik yg psyco..asyik aim aku suh wt keje je..dhtu tnya spa gf ak..haha..ak pun main tunjuk jela..sowi sapa yg kena...group cat paling lmbt siap..cz xcukup alat..naseb baik group lain dtng mmbantu..bersatu kita teguh,,bercerai kita roboh..tema tyme tu..
 
group happening kt flat kenaria... 

habis je mngecat ktaorg bergerak ke tempat sukaneka untuk mkn tgh hari..aktiviti seterusnya berjalan...bnyak bnda dan ragam terjadi lepas mkn...nk tau lbeh lg gi tengok blog cik mira la malas la plak nak taip...haish...

p/s:kredit to nini..nice pic..w/pun pnat wt bnda ni tp sonok gak..haha.. 
cleaner tu sbb bju ktaorg sma cam bju cleaner kt kenaria...haha..lawak2..sue services pulak tu..

09 Februari 2010

Selamat Malam

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarlahkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
oooo…
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
oooo…
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam
Tidurlah sayangku

p/s:tujukan utk diri sndiri..haha.. boleh je kn...?

08 Februari 2010

Percaya pada DIRI...

percaya pada diri,
hati yang berani,
silih masa berganti tetap pendirian ini....

tetiba teringat corus lagu ni...haha..

motif post kali adalah untuk peringatan kpd diri n sesiapa saja bahawa kita harus PERCAYA serta yakin dengan diri sendiri daripada bergantung harap dengan orang lain...sesungguhnya org lain bukannya betul sngt..haha...
YESS..i can do it...

bak kata org2 tua...klu kita susah x de sapa nk tolong n menangisi bersama...mmg waktu gembira..owh rmai nk tumpak gelak sekaki....hahaha..

jdkn bnda ini pegangan serta asam garam dlm hidup...hidup mesti diteruskan w/pun kita terpaksa mengemis skalipun...

p/s:desa kita perlu dijaga...haha..(x de kna mngena)

05 Februari 2010

jealous gile dgn org tu.... *evil laughter*

tula ayat org tu kt ak...huhu..mmg bermotif sngat kn??ak yg x tau pape tetiba dpt text kta jeles ngan ak...kesian ak insan yg tdk mngetahui apa2 ini..haha..dlm txt tu kta ak akn happy untuk beberapa bulan....apakh benda itu??
  • adakah aku akn dpt hadiah besday...(besday lmbat lg..18mac..jgn lupa)
  • adakah ada org nk bg JDM5 dia kt ak??
  • adakah abah ak nk bg duit bli DSLR..(tp xkn dia dpt tau...abah ak ckp kt dia ke??)haha
  • adakah ak menang percutian..?? (bila plak ak masuk perduan ni??)
  • adakah ak akn dpt result cemerlang( study pon idak)haha
sememangnya kamu sungguh plik.....sowi...saja nk tulis kt cni...haha....

Makna seorang SAHABAT...

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

P/S:usin ak copy dr blog mu ni..haha..jgn marah..
bila la ak nk jd cmne..sian kwn2 ak..maafkn ak kawanku...aku bukanlah kwn yg baik...

21 Januari 2010

Makyung: Anak Raja Dua Serupa

22-24 Januari 2010


8.30 malam

Panggung Sari, Istana Budaya

Sinopsis:


Mengisahkan perpisahan dua beradik kembar iaitu Iras Kesuma dan Alam Kesuma yang berpisah semasa kecil.Iras Kesuma telah berpisah dendan adiknya Alam Kesuma akibat diculik oleh Raja Lanun.Apabila telah dewasa, Iras Kesuma telah meminta izin dengan ayahandanya untuk pergi mengembara sambil menambah pengalaman melihat dunia luar bersama rakyat jelata.Iras Kesuma telah berkahwin dengan Puteri Mayang Sari terpaksa meninggalkan isteri tercinta demi memenuhi hasrat dan impiannya.

Pada masa yang sama juga Alam Kesuma telah meminta izin Raja Lanun untuk mencari ayah kandungnya sebelum dia di kahwinkan dengan Puteri Hitam Sebelah anak Raja Lanun.Nmaum beliau berjanji akan kembali semula kepada Raja Lanun setelah bertemu dengan ayah kandungnya.

Semasa dalam pelayaran, Iras Kesuma dan anak-anak kapalnya singgah dan berlabuh di pantai yang dikuasai oleh Raja Lanun.Apabila Raja Lanun dimaklumkan tentang terdapat kapal berlabuh di kawasan perairannya maka beliau begitu marah lalu mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang kapal tersebut.Namun setelah melihat Iras Kesuma, Raja Lanun menyangkakan Iras Kesuma adalah Alam Kesuma dan menuduh Alam Kesuma telah belot kepadanya lalu ditawan Iras Kesuma serta anak-anak kapalnya yang lain.Maka bermulalah rintangan dan cabaran Iras Kesuma dan Alam Kesuma dalam cerita makyung ini…

p/s:ktaorg rmai2 bakal g tengok makyung ni pada 22 mlm...haha..


19 Januari 2010

Hepi Besday...Sakeenah Omar...ke-20

Selamat Hari Lahir...


semoga berbahagia selalu di mana jua berada & suksess slalu...jgn slalu bersedih..hadapi dengan senyuman..

Sambutan Ulang Tahun ke-2 MURAI.COM


fdaus n kat

ok...berbalik kpd post yg lepas...last2 kat gak yg nk p..haha..tq kat cz sudi teman ak p mlm tu...n ko sanggup bli sume bru untuk parti tu..

tunjukkan cintamu...

w/pun dia bknlah cm parti sngat pun..mkn malam n ada persembahan artis jea...haha...mlm tu ktaorg grak kul 7.45...ingatkn dh lmbt cz otw nk g POGH tu jln jamm gler kt South City...smpai2 jea..tengok dorang x mula lg...para2 artis ngah wt red carpet n kna interview...haha..tyme ak n kat nk register...bnda yg sngat klaka...akak tu dngn blurrr-nya suh ktaorg register kt tempat artis..ktaorg yg blurr ni pun tulis la nama...haha..then pastu dia bru sdar yg ktaorg ni bkn la artis kan..then ktaorg tnya kna padam x nama ni..so dia kta xyah2..biar jea...haha..mmg blurr sngat...

kat ngan ramlah ram...peminat setia katanya..

tyme artis2 ni duk red carpet..apa lg tyme nk tarik dorang utk bergambar la...mkn okla..dinner..bnyak la lauk dia..pencuci mulut pun sedap..haha..kan kat???

 kat dgn gaya 80an nya..haha



 artis dgn peminatnya...huhu..


 p/s:dorang inform lmbat..3hr sblum..so x sempat nk bli bju ikut tema...haha..dgn ada test lg petang tu..adoi...da la test xleh wt..haha..ni je yg mmpu upload..ada lg...

12 Januari 2010

Ulang Tahun Murai ke-2

Petang ni mcm petang2 yg biasala...ak tdo dengn bestnya sambil diulik dengan deruan hujan dan cuaca yg ala2 sejuk kt genting...haha..tetiba ak trdengar mcm hp ak yg bunyi...then ak amati bunyinya...yeah..mmg hp ak..ku lihat kt hp tu no ofis yg x ku kenali..then ku jwb dngn suara normal...haha.."hallo"..."awak muhammad firdaus??kta dr murai ingin menjemput awk ke majlis sambutan murai ke-2 di POGH 15hb ni...boleh dtng x??"...ak apa lg..."ermm..boleh2...""awak boleh bawa sorang lg teman k".."ok.."

lepas jea abes dia call...mula la ak terpikir..test ak 15hb ni kul bape eh??rsa2 ptng...tp kul bape??arghhhhh...cmne ni...dngan baju yg tema ala2 80an xde lagi ni...test lg..kna test tu malam...cmne??satu lg..ak nk bwa sapa g wt teman ak??haha..

haa..sblum ni hr jumaat lepas pihak murai da ada call untuk jemputan ke majlis ni...then dia suh ak nyanyi lagu on phone untuk ujibakat..coz kt sna nnti ak bleh nyanyi ngan artis AF (mila rsanya)..tp ak xnk cz ak kt bengkel kete time tu..tman D baiki kete dia...ada ke ak nk kna nyanyi kt tengah alam kdai tu..xnk ak..maluu..haha..then ak ckp kt dia kt bengkel kete ni..dia jwb..ohh..ckp boleh nyanyi x bleh la...haha..lepas dia kta lg..klu awk x leh nyanyi kta ak pertimbngkan utk jd tetamu je nnti..thrn kta akan confirmkn nnti..

haha..mati2 ak ingat da x dpt jemputan tu..tup2 hr ni dia call..tq murai.com....then bila da dpt mula la ada masalah itu dan ini...haha..neway..kta tunggu jelah apa yg akn terjadi on that day k...harap2 semuanya berjalan dengan lancar sekali..haha..

p/s: spa nk g ngan ak??haha..meh ak audition korang..haha..kna isi slogan dulu yea...saya layak menjadi teman fdaus untuk ke POGH kerana.............(tidak melebihi 15patah kata).

11 Januari 2010

Test Bakal Menjelma/Anugerah Juara Lagu ke-24...

minggu yg mmbuatkn aku menjadi tertekn..(yeaker)haha...kerna test bakal menjelma...w/pun ada test hr jumaat ni...tp ak bleh plak g memana je sepanjang hujung minggu hr tu...haha..mmg dh jd lumrah...hujung minggu jea kna kuar bejalan2...ak hepi gak la cz ada org nk teman bejalan2...ada event n show plak minggu tu..so xdela bosan ak kt rumah sowang2...1st..ada show gamelan kt presint16 putrajaya..show utk org kawin...haha...penat gler main..cz lagu panjang...ada part2 lgu ayak2 yg ak x reti nk main...so nmpak cm org bodoh jea ak wt2 ketuk...haha..sowi en.sani...jgn serik amik saya wt show k...haha..then mlm tu ada rehearsal pnuh anugerah juara lagu ke-24 kt bukit jalil...ak dpt pas masuk lagi..kt pas tu ada tulis as artiste...haha..tq nazir n wan cz dapatkn tag tu...n sowi sesangat kt nazir cz ak x join mop dance 4 hujan utk malam final...tp apa2 pn korang mmg world lah...best korang perform utk Alyah-Tak Mungkin Kerna Sayang....w/pun alyah x mng tp dia best mlm tu...neway tahniah kpd pemenang ajl24... 
 1)aizat-pergi,
2)yuna-dan sebenarnya 
3)faizal tahir-becinta

persembahan terbaik n vocal terbaik masing2 dimenangi oleh aizat-kau dan aku, Black-aku rindu sayang kamu....

misi dan visi untuk minggu ni diteruskn...go..daus go..STudy bkn StadO...

p/s: -tq ozai teman ak sepanjang hari...haha..
      -rsa cm nk study la minggu ni...malas kuar..haha..(azam minggu ni)... 

01 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Happy New Year wt sume..haha..cm rmai je bca...biarla..ok..sempena ambang tahun baru ak n geng g raikannya kt curve...ktaorg grak 2 kete..kancil club..haha..smpai je sna ktaorg pekena hot dog kt ikea...pastu dorang g mkn meat balls..smpai ati x ajak...haha...lepas je mkn ktaorg g tengok wayang...ak,taufiq n mira mmg plan nk cau awal2 cz nk countdown n tengok bunga api kt luar tu...haha..ngah tngok muvee ni tetiba mira nk kuar...ak suh dia n taufiq kuar dulu...haha..then ak bg tau alin ak nk kuar...alin pun apa lagi nk join skali...haha..ika pun kta nk join skali..haha..lawak2..so tinggal la nini,sue n naz je dlm tu..dorang xnk kuar...


ktaorg kuar je dr wayang then org da rmai kt luar duk main spray2..haha..alin pn blajan bli bnda tu...ktaorg serang n diserang la sapa2 pn yg ada kt ctu...haha..best siot...bila jam tepat kul12 pertunjukkan bunga api berlangsung...bunga api dtng dr 3penjuru kt situ,,ktaorg duk tngh2..mmg besh..tengok bunga api smbil menjerit...arghhhh...haha..msti suara taufiq paling kuat...huhu...jgn marah yea taufiq...


habis jea bunga api ada joget lambak versi moden plak kt ctu...mmg havoc la mlm tu...rmai gak bdak uniten g ctu..tp x tau nma..cam muka jea...haha..mmg rmai gler org ktctu..ak rsa cm lg besh kt ctu jea dr kt klcc n dataran...next year kta g ctu lg k people...

p/s:Selamat Tahun Baru...tahun ni sume kna baru la...haha...apa yg bru??bini baru...huhu