08 Julai 2011

T.G.I.F

Salam Jumaat, hari sama macam hari-hari biasa pada minggu-minggu yang lepas juga,aku hanya duduk sahaja dalam pejabat ini,tiada apa yang hendak buat cuma mengadap lappy sahaja..hehe.


hari ini hendak share serba sedikit gambar teater muzikal 'Magikal' pada malam rabu lepas.Jalan cerita dia biasa sahaja iaitu berkisah pasal sekumpulan pelakon yang hendak pergi  audition di New York,kemudian ada nyanyi-nyanyi lagu-lagu dari theater dan filem2 lama hinggalah yang latest.Kisah Percintaan antara mereka segala.ada lagu dari hairspray,gLee,mamma mia,dream girls dan beberapa lagi.


Lagu yang dorang nyanyi best dengan dance yang best dan aku suka:


summer night
i need a hero
footloose
defying gravity
jai ho
dream girls
one night only
don't stop believing
mamma mia
dancing queen


ada lagi tapi malas nak type,ada dalam lebih kurang 33 buah lagu semuanya.Rating yang aku boleh bagi hanya 6/10.kira okla teater ni.tapi tiket dia agak mahal,mungkin produksi luar negara kot, tu yang jadi mahal.dari segi prop semua cantik dan aku suka ditambah dengah pencahayaan yang menyerlahkan lagi setiap props diatas stage.



aku bukalah letak harapan yang tinggi sangat,jadi bila tengok,tak la kecewa sangat.Tapi kalau nak dibandingkan dengan PGL ak jauh lagi suka giler PGL.hehe.Tapi macam sesuatu yang baru bagi aku pergi tengok teater produksi luar dan dibuat di tempat yang terbuka @Amphitheater Sunway Lagoon.Sebelum ni tengok kat IB atau kt Matic je.Bagi aku produksi kita pun mempunyai kualiti yang tersendiri malah ada yang lebih bagus dari produksi luar,itu bagi pandangan aku la.


lain kali nk plan g mandi manda la plak..hehe


thanks korang sudi teman ak..:p

sempat lg posing..hehe


.::sebelum masuk::.



susunan seats



langit masih cerah..


before show


Add caption






yeahh lompat...


dream girls

last song 



p/s: bila la berpeluang nk g mandi manda kt sunway lagoon plak.?tq wan n ozai cz sudi teman tengok teater ni..tiket free kan,mestila korang nk..jimat katanya..hehe..

06 Julai 2011

WednesdaY Super Dash...

Morning all, tetiba rasa macam nak meng-update blog walaupun hari  ini 6Julai merupakan hari yang super bizzy dan mencuakkan bagi aku.Memandangkan hari ini merupakan hari lecturer datang untuk evaluate aku sepanjang mejalani praktikal di TM ini.Sebelum dia datang kenalah prepare jiwa dan raga serta info2 berkaitan,jadinya nanti tidaklah nampak terlalu bodoh kalau diajukan beberapa soalan.Katanya datang jam 3.30 petang,tapi entahla,mungkin lambat kot.Kelibat supervisor pun tidak lagi kelihatan pada ketika ini.Mungkin after lunch  baru datang.




Memandangkan hari ini merupakan hari yang bizzy,so harap-harap lecturer datang tepat pada masanya dan aku dapat menghilangkan diri dengan lebih awal untuk menyaksikan teater muzikal di Sunway Lagoon malam ni.Show dia dekat Aphitheater @Sunway Lagoon,macam mana la rupanya nanti?


Yuhuuu,sangat teruja untuk menyaksikan teater Magical Musicals malam ini.Al-maklumlah dapat tiket free, thanks to TV9 kerana sudi bagi tiket percuma *masuk contest la* hehe.Tapi betul ke kena masuk jam 7pm?? even show di Istana Budaya pun  start kul8.30p.m. hurmmm...masuk lambat boleh kot..hehe.. 


terujanya nak tengok..*gaya lompat sama*


Sebelum ni aku sudah plan dan sudah pun beli tiket untuk menyaksikan dance and music show di Philharmonic KLCC.Tiket tu berharga rM15 ok,dan sudah dibeli minggu lepas.Akhirnya terpaksa cancel walaupun aku sendiri tidak pernah memasuki dewan Philharmonic yang gah itu.



alunan seni namanya..hehe



inilah keadaan Dewan Philharmonic Petronas..arghh..GRAND-nya...insyaallah kalau ada kesempatan aku akan ke sana..



impian nak nyanyi kt cni..hr tu ngan koir x brkesempatan..maklumla junior kan..





note : dalam perancangan untuk menyelinap keluar kerja awal untuk sampai pada masanya di Sunway Lagoon    nanti. *evil laugh*haha...

Latihan Industri...

Salam.Sudah agak lama tidak meng-update,rasa macam dah bersawang dah blog ni.hehe...
Hendak buat macam mana kesibukan melanda.Sibuk dengan kerja praktikal "walaupun macam tidak ada kerja",sibuk dengan diri sendiri,sibuk dengan kawan-kawan,sibuk dengan hobi yang banyak smapi satu pun tidak terkejar.

Sepanjang durasi menjalani Latihan Industri ini,banyak sangat benda suka dan tidak kurang benda yang duka.Al-maklumlah lumrah manusia,penuh dengan asam garam kehidupan dan liku-liku.Kalau boleh diri ini dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk memenuhi semua kehendak.

Berbalik dengan tajuk entry asal iaitu Latihan Industri yang berbaki lebih kurang sebulan saja lagi ini.Sememangnya tidak sabar menanti detik-detik pengakhirannya.Namun sebelum detik itu tiba akan datang suatu halangan yang perlu ditempuh iaitu 'evaluating day from lecturer'.Semakin hampir dengan tarikhnya semakin berdebar rasanya.

Sememangnya semasa Latihan Industri tidak banyak sangat benda baru yang dapat dipelajri,itu dari sudut pandang aku lah yang terpesong dari jurusan kursus yang aku ambil di UNITEN.Kursus Kejuruteraan Kuasa ke bidang Telekomunikasi sememangnya jauh.Nasib baik semuanya hanyalah praktikal dan hanya sedikit sahaja teori.Jadinya hanya follow the flow sahaja.

Rasanya sudah tiada apa lagi yang nak diperkatakan,itulah serba sedikit perkara berkaitan Latihan industri yang sedang aku jalani sekarang,kalau ada mungkin akan di update nanti sehabisnya aku menjalani latihan ini ok.


mcm buat2 keje je?hehe

dia ni sah2 la propa je tu..hehe..*jgn marah*



"Berkhidmat Untuk Negara"






p/s: hari ni lec dtg utk visit n evalute..nnti akan di update n nk buat luahan hati lg pasal intern kt cni..wait ok..